*** Semua kumpulan bertanding MESTI berada di kawasan pertandingan sepanjang masa pertandingan berlangsung. Sebarang perubahan MASA PERTANDINGAN bagi setiap kumpulan adalah tertakluk semasa hari pertandingan.

Maklumat Am


 

Konvensyen KIK Horizon Baharu 2019 ini terbuka kepada semua Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.

Setiap Politeknik dan Kolej Komuniti boleh menghantar DUA (2) kumpulan bertanding:
    SATU (1) Bidang Penyampaian Perkhidmatan (Penciptaan atau Penambahbaikan)
    SATU (1) Bidang Sosial (Penciptaan atau Penambahbaikan)

Jenis kumpulan boleh terdiri daripada PRIMER atau HIBRID.

**TINDAKAN AWAL

• Borang maklumbalas penyertaan boleh diakses secara atas talian melalui alamat berikut: http://kikhb.ptsb.edu.my/
Tarikh tutup borang maklumbalas penyertaan adalah 8 Jun 2019 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang.


Yuran Pendaftaran


 

Yuran penyertaan sebanyak RM300 dikenakan bagi setiap kumpulan. Bagi kumpulan yang membawa pemerhati (fasilitator/penyelaras) dikenakan bayaran sebanyak RM75 seorang.

Bayaran boleh dibuat secara tunai ATAU Pesanan Kerajaan (LO) atas nama:

KOPERASI POLITEKNIK KULIM BERHAD
No. Akaun: 02057010043662
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD


Pengesahan Pendaftaran


 

Pengesahan pendaftaran perlu dilakukan secara atas talian sebelum/pada 12 Julai 2019 (Jumaat) di alamat berikut: http://kikhb.ptsb.edu.my/

Ketua Kumpulan perlu mendaftar dan memuatnaik kesemua maklumat berkenaan:
    ahli kumpulan
    maklumat kumpulan
    maklumat projek
    dokumen projek
    bukti pembayaran

Pemerhati (penyelaras/fasilitator) perlu mendaftar dan memuatnaik maklumat berkenaan:
    maklumat peribadi
    bukti pembayaran

Penyelaras KIK institusi perlu mengesahkan pendaftaran bagi kumpulan dan pemerhati (penyelaras / fasilitator).

Format Dokumen Projek KIK adalah seperti berikut:
  • 10 – 15 Mukasurat
  • Format PDF
  • 12pt font
  • 1.5 spacing

Dokumen Projek KIK perlu dimuatnaik secara atas talian sebelum/pada 23 Julai 2019 (Selasa). Kegagalan untuk memuatnaik dokumen projek akan menyebabkan penyertaan TERBATAL dan yuran pendaftaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Pendaftaran peserta/pemerhati adalah pada 5 Ogos 2019 (Isnin) mulai 10.00 pagi–12.00 tengahari di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Dokumen Projek KIK (2 SALINAN) perlulah diserahkan kepada pihak urusetia pada masa pendaftaran.

Taklimat Peserta


 

Taklimat Wakil Kumpulan (Ketua Kumpulan) akan diberikan pada 5 Ogos 2019 (Isnin) pukul 8.00 malam – 9.00 petangbertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.


Persiapan Pameran


 

Konsep pameran adalah Tanpa Dinding dan keluasan tapak pameran yang akan disediakan adalah 5 x 8 kaki persegi.


Susun atur bergantung kepada kreativiti pasukan masing-masing dalam menonjolkan produk dan perkhidmatan masing-masing sepanjang majlis.

Setiap tapak pameran hanya akan dibekalkan 2 buah meja berukuran 3 x 2 kaki persegi, 2 buah kerusi dan satu soket elektrik sahaja. Sebarang keperluan atau tambahan lain-lain peralatan adalah di bawah tanggungan kumpulan.

Sekiranya terdapat permasalahan berkaitan pameran, sila berhubung dengan Jawatankuasa Pameran.

Penilaian pameran akan dilakukan secara berterusan sepanjang masa pertandingan berlangsung. PASTIKAN ahli kumpulan berada di tapak pameran pada setiap masa kecuali pada masa sesi VIVA.

Pemasangan pameran adalah bermula pada 5 Ogos 2019 (Isnin). Waktu pemasangan pameran adalah bermula pada pukul 2.00 petang – 6.00 petang di Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah.

Kerja-kerja membersihkan pameran boleh bermula pada 7 Ogos 2019 (Rabu) setelah selesai lawatan oleh VVIP. Setiap kumpulan dijangka selesai membersihkan tapak pameran pada jam 4.30 petang.


*** Nota : Pelan Pameran Inovasi boleh dimuat turun disini.

Sesi Viva & Semakan Dokumen


 

Tempoh masa sesi Viva & Semakan Dokumen adalah selama 40 minit.

Sesi Viva dan Semakan Dokumen akan dijalankan secara serentak. Kumpulan juga perlu membawa bersama-sama dokumen sokongan berkaitan bagi tujuan Viva. Penetapan bilik dan giliran bagi sesi Viva akan di buat melalui proses undian yang dijalankan secara penjanaan komputer.

Kemudahan yang akan disediakan semasa sesi Viva adalah :
  • 1 Skrin Projektor
  • 1 LCD Projektor
  • 2 Mikrofon
  • 1 Meja
  • Lain-lain peralatan adalah di bawah tanggungan kumpulan

Sesi Viva pada 6 & 7 Ogos 2019 bermula pada pukul 8.30 pagi. Setiap kumpulan dinasihatkan untuk bersedia 10 minit lebih awal sebelum masa giliran masing-masing. Adalah perlu bagi setiap kumpulan untuk berada di kawasan pertandingan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa giliran.

Lima (5) minit diperuntukkan untuk masa persediaan. Kiraan masa persediaan bermula apabila pasukan berada di ruang. Loceng akan dibunyikan setelah tamat 5 minit masa persediaan.

Walau bagaimanapun pasukan boleh memulakan persembahan sekiranya telah bersedia lebih awal dari masa (5) minit persediaan yang diperuntukan.

Masa 40 minit bermula selepas tamat lima (5) minit masa persediaan; ATAU bermulanya montaj / video clip ditayangkan; ATAU ahli kumpulan mula memberi SALAM/BERUCAP.

Loceng pertama (1 kali) akan dibunyikan pada minit ke – 20 dan loceng kedua (2 kali) pada minit ke-40 yang menandakan tamat tempoh Viva.

Sesi soal jawab bersama panel penilai akan diadakan sepanjang masa Viva berlangsung.

*** Nota : Pelan Sesi Viva boleh dimuat turun disini.

Majlis Perasmian Penutupan


 

Kod pakaian bagi Majlis Perasmian Penutupan adalah BATIK.

Peserta dan pemerhati di minta untuk mengambil tempat di dalam Dewan Muadzam Shah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah pada jam 08.00 pagi.

Sewaktu penyampaian hadiah Pameran, Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga setiap kategori dan Johan Keseluruhan, semua ahli kumpulan bersama Pengarah masing- masing (sekiranya hadir) di minta untuk naik ke atas pentas bagi penerimaan anugerah dan juga sesi bergambar.


*** Semua kumpulan bertanding MESTI berada di kawasan pertandingan sepanjang masa pertandingan berlangsung. Sebarang perubahan MASA PERTANDINGAN bagi setiap kumpulan adalah tertakluk semasa hari pertandingan.

Urusetia KIKHB'19

    En. Firdaus Bin Mohamed Sahid
    (Pertandingan)
    No. HP: 013-4893212

    Pn. Noor Hanim Binti Ismail
    (Pendaftaran)
    No. HP: 017-6866598

    Pn. Norazura Binti Mohd Nor
    (Teknikal / Sistem)
    No. HP: 019-5772116

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033
Emel:kikhb2019@ptsb.edu.my