Pengenalan KIKHB@PTSB



KIK HB JPPKK 2019 merupakan penganjuran kali pertama oleh PTSB selepas kejayaan merangkul Anugerah Juara Keseluruhan KIK HB 2018 anjuran Politeknik Kuala Terengganu (PKT).  Konvensyen KIK HB JPPKK 2019 merupakan salah satu platform bagi para pegawai di politeknik dan kolej komuniti untuk menggunakan pendekatan baru dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar atau perkhidmatan.

Sebagaimana peruntukan Pekeliling Transformasi Perkhidmatan Awam Bil. 1/2016, Konvensyen KIK HB JPPKK 2019 turut menumpukan kepada kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.

Bagi memastikan hasil aktiviti KIK dapat dimanfaatkan, setiap kumpulan perlu sentiasa menambah baik pengurusan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI–PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA).

Tema Konvensyen KIK HB JPPKK 2019 adalah Revolusi Teknologi ke Arah Kelestarian Inovasi

Objektif KIKHB@PTSB

 
            


Program ini diadakan bertujuan untuk :

*Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam.

*Memberi penghargaan kepada peserta bagi penghasilan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan dasar dan perkhidmatan.

*Memberi pendedahan kepada para peserta dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran seperti kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran mengaplikasi kaedah dan teknik dalam penghasilan projek dan pengetahuan berkaitan pengembangan projek.

*Mengumpul idea yang kreatif dan inovatif dalam satu platform khusus untuk perkongsian maklumat dan kepakaran di kalangan peserta.

Statistik Penyertaan KIKHB'19


KATEGORI BIDANG JUMLAH KUMPULAN JUMLAH PESERTA
PENCIPTAAN PENAMBAHBAIKAN
Penyampaian Perkhidmatan 8 19 27 207
Sosial 7 7 14 133
JUMLAH 15 26 41 340

Urusetia KIKHB'19

    En. Firdaus Bin Mohamed Sahid
    (Pertandingan)
    No. HP: 013-4893212

    Pn. Noor Hanim Binti Ismail
    (Pendaftaran)
    No. HP: 017-6866598

    Pn. Norazura Binti Mohd Nor
    (Teknikal / Sistem)
    No. HP: 019-5772116

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033
Emel: kikhb2019@ptsb.edu.my